fbpx

Najib gagal dalam permohonan masukkan bukti baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak Tun Razak hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan akhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman kes SRC Intertional Sdn. Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati tiada kekhilafan dibuat oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini ketika menolak permohonan tersebut.

“Kami mendapati Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang betul, tiada sebarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu,” kata Hakim Tengku Maimun.

Selain itu, panel terbabit juga menyatakan, hak Najib untuk didengar tidak dinafikan sebaliknya barisan peguam bela Ahli Parlimen Pekan itu telah diberikan masa secukupnya untuk berhujah di Mahkamah Rayuan.

“Mahkamah Rayuan telah menggunakan budi bicaranya dengan betul. Hak perayu (Najib) tidak diprejudiskan dan telah diberikan haknya untuk didengar,” ujar hakim itu.

Beliau bersidang bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd. Zawawi Salleh.

Bukti baharu yang ingin dimasukkan Najib dalam rayuannya akhirnya antaranya membabitkan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Pada 7 Disember 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan tersebut atas alasan atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI