fbpx

Korda cemas alami darah beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KORDA mungkin mengambil masa untuk berehat seketika daripada siri Jelajah LPGA bagi memastikan fizikal tanganya pulih seperti sedia kala.

LOS ANGELES – Pemain golf No. 2 dunia, Nelly Korda mendedahkan, dia berdepan detik ngeri selepas terpaksa melakukan pembedahan kecemasan ekoran mengalami darah beku di bahagian tangannya pada minggu lalu.

Situasi tersebut menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu mungkin mengambil masa untuk berehat seketika daripada siri Jelajah LPGA bagi memastikan tahap fizikalnya pulih seperti biasa.

“Ketika berada di Florida untuk memenuhi undangan ko­mersial, saya mendapati tangan saya tidak boleh bergerak seperti biasa dan atas nasihat daripada doktor peribadi, saya terpaksa bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kemudian, pihak hospital mendapati terdapat ketulan darah beku yang mana terpaksa dikeluarkan dengan melakukan pembedahan segera untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini.

“Kini, saya diarahkan untuk menjalan proses pemulihan di rumah dan ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada penyokong yang mendoakan ke­sejahteraan dan kesihatan saya.

“Secara jujur, saya harap dapat kembali ke lapangan golf secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, atlet kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu telah mencipta sensasi tersendiri apabila menjuarai trofi bertaraf major buat pertama kali dalam kariernya selepas mendominasi Kejuaraan PGA Wanita dan pingat emas temasya Sukan ­Olimpik 2020 di Tokyo tahun lalu.

Korda seme­mangnya memiliki ‘darah’ sukan kerana ibu bapanya, Petr Korda dan Regina Rajchrtova me­rupakan bekas atlet tenis profesional dengan Rajchrtova bersaing pada temasya Sukan Olimpik 1988 di Seoul, manakala Korda juara Grand Slam Terbuka Australia edisi 1998. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI