fbpx

Khidmat dua van jenazah diguna secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (tiga kiri) menerima replika kunci van jenazah daripada Uncle Kentang sebagai simbolik penyerahan di IPK Kuala Lumpur, hari ini. / /FOTO FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menerima dua van jenazah yang akan dimanfaatkan bagi kegunaan masyarakat setempat yang memerlukan bantuan pengurusan jenazah secara percuma.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, van jenazah berkenaan adalah pemberian Pertubuhan Amal Uncle Kentang yang akan ditempatkan di Balai Polis Dang Wangi dan Balai Polis Cheras.

“Orang ramai boleh datang ke balai tersebut dengan memaklumkan kepada anggota bertugas untuk mendaftar nama bagi menggunakan van secara percuma.

“Sekiranya tidak ada pemandu ketika itu, kita akan mohon bantuan rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan van berkenaan diguna bagi mengurus sebarang keperluan,” katanya kepada pemberita ketika Program Penyerahan Van Jenazah Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia kepada Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dekat sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya berharap khidmat dua van jenazah itu dapat memberi manfaat serta kemudahan kepada masyarakat berdekatan.

“Inisiatif ini adalah permulaan yang baik dan kita harap Pertubuhan Amal Uncle Kentang dapat menambah jumlah van yang ditempatkan di balai polis di Kuala Lumpur pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, pengasas persatuan berkenaan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, pihaknya mempunyai 25 van jenazah yang disediakan untuk kemudahan masyarakat.

Katanya, kolabrasi dengan pihak polis ini merupakan kali pertama persatuan berkerjasama dengan pihak polis dari segi pemberian van jenazah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI