fbpx

Kerajaan agak terkebelakang pelaksanaan 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (kanan) bercakap pada sidang akhbar berhubung pelaksanaan 5G Digital Nasional Berhad di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan mengakui Malaysia agak terkebelakang berbanding negara-negara lain dalam konteks kesinambungan terutama pelaksanaan 5G di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, atas sebab itu kerajaan tidak mahu pelaksanaan 5G tersebut tergendala seterusnya menjadi lambat.

“Kita akui misalnya dalam konteks kesinambungan secara keseluruhan untuk 5G, kita agak terkebelakang indeksnya. Kita sudah lapor kepada Jemaah Menteri dan sebab itu, salah satunya isu 5G ini kita tidak mahu tergendala atau dilambatkan.

“Jika dahulu pelaksanaan 3G dan 4G, ia memakan masa sehingga tujuh tahun untuk meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk, ia ambil masa lama. Untuk 5G ini dalam masa tiga tahun, kita mesti boleh meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk.

“Ini adalah pengalaman dahulu dan kita mesti buat lebih baik pada masa ini,” katanya pada sidang akhbar Digital Nasional Berhad (DNB) berhubung pelaksanaan 5G di sini hari ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pelaksanaan 5G mesti dilakukan tanpa terhalang sekali gus disegerakan dalam memastikan daya saing negara kerana infrastruktur 5G adalah kemestian untuk pelabur pada masa akan datang.

“Kita juga memastikan persaingan negara kita dari sudut pelaksanaan 5G atau status perkhidmatan jalur lebar, kelihatan agak sedikit terkebelakang mutakhir ini dan perlu segera diperbaiki agar berada di saf hadapan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada lagi timbul kebimbangan melihat DNB sebagai monopoli sekali gus tidak berbangkit isu tersebut kerana kerajaan pada masa ini memberi peluang untuk 70 peratus daripada saham DNB turut dimiliki oleh syarikat-syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI