fbpx

Immobile kini penjaring terbanyak Lazio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMMOBILE muncul penjaring terbanyak Lazio selepas mengumpul 144 gol untuk mengatasi rekod lama 143 gol milik Silvio Piola yang dilakukan pada 1934 hingga 1943. – AGENSI

MILAN – Ciro Immobile muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Lazio ketika meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti membantu Lazio menang 1-0 ke atas Venezia, awal pagi semalam.

Immobile mengumpul 144 gol untuk mengatasi rekod lama 143 gol milik Silvio Piola yang dilakukannya pada 1934 hingga 1943.

Bintang antarabangsa Itali itu cipta rekod berkenaan hanya dalam 201 penampilan, lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Piola yang melakukannya sepanjang 227 penampilan.

Musim ini juga menjadi detik terbaik buat Immobile yang sudah menghasilkan 21 gol dalam 24 perlawanan Serie A, atasi jumlah jaringan semusim yang dilakukannya musim lalu, 20 gol.

Bagaimanapun, pencapaian ini bukanlah klimaks buat Immobile memandangkan pemain berusia 32 tahun itu pernah merekodkan 36 gol dalam 37 penampilan seperti yang dilakukan pada musim 2019/20.

Mengulas mengenai kejayaan semalam, pengendali Lazio, Maurizio Sarri akui, bukan senang untuk mengalahkan Venezia dan 1-0 sudah memadai buat pasukannya terusan rentak kemenangan.

“Apabila kamu bertemu pa­sukan yang sedang bergelut di kelompok tiga terbawah liga, ia pastinya sesuatu perlawanan yang sukar. Ruang agak terhad namun kami kekal bersabar.

“Selepas mendahului 1-0, kami sebenarnya tidak beraksi dengan baik kerana disebalik peluang terhidang, kami nyata gagal menambah jaringan.

“Apapun secara keseluruhannya, pasukan kami sudah pun melakukannya dengan baik dalam perlawanan yang begitu sukar,” Sarri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI