fbpx

Harimau belang belum masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk Orang Asli membawa parang ketika meninjau tanaman di kebun berhampiran rumahnya di Pos Bihai, Gua Musang kerana bimbang ancaman harimau. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kebimbangan masyarakat Orang Asli di Pos Bihai di sini masih belum ber­akhir apabila harimau belang yang didakwa masih bebas berkelia­ran di kawasan perkampungan mereka masih belum ditangkap sehingga kini.

Penghulu Pos Bihai, Alang Segan berkata, harimau belang itu masih belum masuk perangkap yang dibuat pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak tiga bulan lalu.

Katanya, meskipun kejadian yang mengorbankan seorang penduduk sudah lama berlaku, namun masyarakat Orang Asli di kawasan itu tidak pernah terse­rempak secara berdepan dengan harimau belang.

Bagaimanapun, penduduk me­ngakui mereka cukup yakin bahawa haiwan buas itu masih berkeliaran di dalam hutan.

“Kami yakin harimau masih berada di kawasan kampung ini seperti yang diakui oleh pihak Perhilitan apabila mengesan kelibat harimau di Kampung Remau pertengahan bulan lalu.

“Mengikut kepercayaan Orang Asli, masalah harimau belang akan berlarutan sepanjang tahun ini kerana haiwan itu belum berjaya ditangkap,” katanya ketika ditemui Kos­mo! semalam.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli, Hassan Achoi, 59, berkata, masalah itu harus ditangani dengan segera kera­na mereka ingin hidup bebas seperti dulu.

Katanya, ketika ini, penduduk masih tinggal berkurung menunggu bantuan makanan dan tidak berani keluar mencari hasil hutan.

“Kami percaya sekiranya harimau belang ditembak mati, kumpulan haiwan liar yang lain itu tidak akan duduk diam dan akan selalu menganggu kita.

“Buat masa ini kami ha­nya mampu berdoa mengikut adat kepercayaan dan meminta Orang Asli di ne­geri lain turut mengadakan sewang semangat untuk kami di sini,” katanya.

Sebelum ini, seorang Ielaki Orang Asli, Anek Along, 59, ditemui maut selepas dipercayai dibaham seekor harimau belang di Kampung Sau, Pos Bihai pada 7 Januari lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI