fbpx

Hamilton gabung nama ibu secara rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mahu nama ibunya terpahat dalam usahanya mencipta sejarah tersendiri musim ini. – AFP

DUBAI – Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton mengambil keputusan drastik untuk menambah nama pangkal ibunya, Larbalestier sebagai nama rasmi dirinya pada kempen F1 yang akan membuka tirai rasmi di Grand Prix (GP) Bahrain minggu ini.

Kata Hamilton, keputusan itu dibuat bagi memastikan nama ibunya kekal terpahat dalam legasi serta sejarah yang cuba dilakukannya pada kejohanan permotoran No. 1 dunia itu musim ini, meskipun kedua-dua ibu bapanya sudah bercerai ketika dia berusia dua tahun.

“Secara jujur, saya sangat berbangga dengan nama Hamilton yang diwarisi daripada ayah (Anthony). Namun, saya pasti tiada siapa yang tahu nama ibu saya, (Carmen) Larbalestier dan saya mengambil keputusan untuk meletakkan nama tersebut secara rasmi pada musim ini.

“Saya harap proses pertukaran nama ini dapat dipercepatkan dan kalau boleh, penggunaannya diletakkan secara rasmi pada GP Bahrain nanti lebih bagus.

“Apa yang pasti, saya mahu nama ibu saya terpahat bersama-sama nama Hamilton dalam usaha saya mencipta sejarah tersendiri musim ini,” kata pelumba berusia 37 tahun itu.

Sebagai rekod, Hamilton kini berusaha untuk memecah rekod menjadi pelumba F1 paling berjaya sepanjang zaman dengan memburu gelaran kelapan selepas gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

“Kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa depan, tetapi saya akan berusaha sepenuhnya untuk mendapatkan gelaran juara dunia.

“Ini kerana, ia memberi makna yang cukup besar dalam karier saya,” kata Hamilton yang mewakili pasukan Mercedes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI