fbpx

Gempa bumi sederhana gegarkan Jawa, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 dilaporkan telah berlaku di Jawa, Indonesia pada pukul 11 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 8.0 darjah Selatan dan 106.9 darjah Timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 75 kilometer (km) dan 121km Selatan dari Sukabumi, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI