PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah gelanggang futsal menjadi tular di media sosial sejak semalam.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Putatan, Sabah.
Menerusi perkongsian beberapa pengguna media sosial, dapat dilihat aksi menumbuk dan menendang di antara satu sama lain menjadikan situasi semakin kecoh apabila lebih ramai individu terlibat dalam pergaduhan tersebut.
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Angkol tampil menceritakan punca kejadian berkenaan yang berlaku selepas seorang remaja dipukul dan bapanya segera bertindak menyerang individu terlibat.
Sehubungan itu, insiden tersebut dikatakan telah selesai dengan cara baik antara kedua-dua pihak.
“Kes sudah selesai, semua berpunca daripada budak yang kena pukul itu juga.
“Dia pukul budak dan bapa budak itu datang sendiri jumpa budak itu sebab bapa mana tidak marah kalau anak dia kena pukul sampai berdarah.
“Tapi sebagai pengajaran, kalau boleh biarlah urusan bapa sama yang memukul itu sahaja. Budak-budak lain itu janganlah masuk campur,” katanya. – KOSMO! ONLINE