fbpx

Dunia terlalu fokus isu Ukraine, lupa keperitan rakyat Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi. - Google

KABUL – Ketua Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi memberi amaran situasi perang Rusia-Ukraine telah membuatkan krisis di Afghanistan semakin dilupakan, lapor akhbar Arab News, semalam.

Grandi berkata, fokus dunia yang kini berpusat di Ukraine telah membuatkan perkembangan bantuan kemanusiaan Afghanistan seolah-olah kurang penting. 

Grandi yang membuat lawatan kerja sehari ke Afghanistan berkata, komuniti antarabangsa perlu terus berkomunikasi dengan kerajaan Taliban kerana negara itu sangat terdesak memerlukan bantuan kemanusiaan.

“Mesej yang saya cuba sampaikan sekarang adalah pemimpin dunia perlu sentiasa peka dengan banyak situasi lain di dunia selain Ukraine dan Afghanistan adalah satu daripadanya. 

“Risiko gangguan adalah sangat tinggi. Bantuan kemanusiaan perlu terus mengalir tidak kira berapa banyak krisis lain yang bersaing dengan Afghanistan di seluruh dunia,” tegas Grandi.

Taliban merampas kuasa pemerintahan Afghanistan pada 15 Ogos tahun lalu di dan sejak itu, krisis kemanusiaan negara itu semakin parah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan global lain berkata bahawa lebih separuh daripada 38 juta penduduk Afghanistan berdepan situasi kebuluran menjelang musim sejuk akan datang. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI