fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di hampir seluruh negara petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu akan berterusan sehingga pukul 6 petang hari ini.

“Hujan lebat serta ribut petir dilaporkan sedang melanda keseluruhan negeri Perlis serta beberapa kawasan di Kedah temasuklah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Selain itu, di Perak, cuaca buruk yang sama tertumpu sekitar Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah MetMalaysia, bagi negeri Pantai Timur pula, hujan lebat berserta ribut petir bakal berlaku melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Manakala di Selangor, hujan lebat dilaporkan hanya tertumpu sekitar Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta keseluruhan Kuala Lumpur petang ini.

“Hujan lebat serta ribut petir juga melanda daerah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan,” jelasnya.

Sementara itu, keadaan ini juga berpotensi berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang serta beberapa bahagian di Sabah.

“Ia temasuklah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Lahad Datu),” ujarnya, – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI