fbpx

Arsenal percaya mampu kalahkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA tidak dapat menahan kemarahannya apabila gol pembukaan Arsenal dibatalkan oleh VAR ketika menentang United di Stadium Old Trafford kelmarin. - AFP

LONDON – Arsenal berada dalam keadaan terbaik menje­lang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool yang akan berlangsung di Stadium Emirates awal pagi esok.

Selepas tewas kepada Everton Disember lalu, The Gunners menunjukkan kebangkitan drastik apabila mengutip 28 mata dalam 11 perlawanan sehingga membantu mereka berada dalam kelompok empat teratas liga.

Pengurusnya, Mikel Arteta percaya skuad kendaliannya memiliki kemampuan untuk mengutip tiga mata selepas menewaskan Leicester City 2-0 dalam aksi liga awal pagi Isnin lalu.

“Perlawanan itu (Leicester) sudah berlalu dan kami perlu berada pada standard lebih tinggi jika mahu tewaskan ­Liverpool. Semua pemain tahu dan sedar mengenai perkara tersebut.

“Kami akan buat persiapan terbaik bagi mencari jalan bagaimana untuk tewaskan mereka. Apa yang penting semua pemain perlu percaya pada diri sendiri apabila masuk ke dalam padang nanti,” kata­nya.

Pengendali dari Sepanyol itu juga menegaskan, beliau tidak mahu hanya bergantung pada tuah semata-mata kerana mereka perlu berdepan banyak perlawanan sukar dalam baki aksi liga musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI