fbpx

Anak lembu lahir dengan 2 mulut, 3 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan lembu milik Saiful Bahri yang dilahirkan dengan dua mulut dan tiga mata. - Suaraindonesia

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Daerah Puger, Jawa Timur dikejutkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang dilahirkan dengan mempunyai dua mulut dan tiga mata, lapor laman berita Suara.com.

Pemiliknya, Saiful Bahri telah mengesahkan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa lembunya lahir dalam keadaan songsang, iaitu bahagian punggungnya keluar terlebih dahulu. 

Penduduk sekitar dilaporkan berduyun-duyun pergi ke rumah Saiful Bahri untuk melihat sendiri keadaan lembu yang dilahirkan dengan ciri-ciri aneh itu.

“Bukan kepala, sebaliknya punggungnya yang keluar dahulu. Alhamdulillah, ia lahir dengan selamat selepas mendapat bantuan,’’ kata Saiful Bahri.

Walaupun dilahirkan sedemikian, lelaki itu tetap berharap agar anak lembu itu boleh hidup lama. 

“Inilah kehendak Allah. Saya berharap ia boleh bertahan dan sihat sampai besar,’’ katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI