fbpx

Aksi lelaki bawa tilam atas kepala curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan gelagat seorang lelaki membawa tilam dengan hanya menampung menggunakan kepalanya

PETALING JAYA – Sebagai kebiasaan untuk mengangkat sesuatu barang atau objek berat memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Namun, berbeza dengan sebuah rakaman yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang lelaki membawa tilam secara seorang diri dengan hanya menampung menggunakan kepalanya telah meraih perhatian ramai.

Malah rata-rata penonton yang melihatnya terkedu dan menganggap kekuatan lelaki tersebut sangat luar biasa apabila dia kelihatan begitu stabil berjalan serta langsung tidak kekok membawa tilam seberat itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, dia kemudiannya mula berjalan dengan agak laju sambil membawa tilam tersebut seolah-olah perlu segera sampai ke suatu tempat.

Lebih mencuit hati, ada pengguna mula berseloroh gelagatnya ini seperti para model yang berjalan di pentas peragaan sambil mempromosikan produk terbaharu.

“Dah macam model ‘fashion show’, berjalan sambil bawa tilam untuk buat promosi produk baharu,” seloroh Ayla.

Selain itu, ada juga yang turut memuji tindakan lelaki itu yang bijak memikirkan kaedah terbaik untuk membawa tilam tersebut selain memerlukan bantuan orang lain atau kenderaan bagi mengangkatnya.

“Ini la lelaki bijak, tidak susahkan orang lain, jimat nak bayar kos penghantaran,” ujar Zamzuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI