fbpx

15 rumah di Bukit Malut terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan penempatan Bukit Malut di Langkawi yang terbakar lewat petang tadi.

LANGKAWI – Sebanyak 15 buah rumah di kawasan penempatan di Bukit Malut di sini terbakar dalam kejadian lewat petang tadi.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penguasa Bomba Fadzlullah Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian melalui talian MERS 999 pada pukul 6.47 petang.

“Tiada mangsa yang cedera dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 7.47 malam tadi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggaran keluasan dan peratus kebakaran setiap sebuah rumah akan dikemas kini kemudian.

Seramai 23 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan BBP Persiaran Putra terlibat dalam operasi pemadaman api. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI