fbpx

Tiada keperluan tukar nama George Town, Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soon Hin (duduk, tengah) pada sidang akhbar pelaksanaan laluan VTL udara antara Singapura dan Pulau Pinang di Hotel Malaysia di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri berpendirian bahawa tiada keperluan untuk nama bandar George Town dan Butterworth yang dinamakan oleh penjajah ditukar kembali kepada nama asalnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, ini kerana nama George Town telah digunakan lebih 200 tahun dan telah dikenali oleh masyarakat negara ini dan di luar negara.

“Saya tidak nampak apa-apa justifikasi untuk kita menukarnya kerana George Town telah terkenal sejak lama di seluruh dunia.

“Tiada keperluan untuk penukaran nama kerana ia adalah saranan segelintir pihak sahaja,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Ketamadunan dan Pemikiran Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican mencadangkan tempat-tempat yang dinamakan oleh penjajah perlu diubah kerana ia sebenarnya memadam sejarah awal tempat tersebut.

Sebelum zaman penjajahan British, George Town di bahagian pulau terkenal dengan nama Tanjong Penaga, manakala Butterworth di Seberang Perai dipanggil sebagai Bagan.

Dalam perkembangan lain, Soon Hin berkata, Pulau Pinang bersedia untuk menerima kemasukan pelawat dari Singapura menerusi program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Singapura dan Pulau Pinang esok.

“VTL Pulau Pinang dan Singapura akan melibatkan penerbangan harian syarikat penerbangan antaranya Malaysia Airlines, Air Asia, Singapore Airlines dan Scoot Tigerair,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI