fbpx

Tanah runtuh: 22 unit kediaman penduduk masih perlu dikosongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Ani Ahmad (tengah) berucap ketika sidang akhbar berkaitan perkembangan semasa tanah runtuh di Dewan MPAJ, Cheras Baru hari ini

AMPANG – Sebanyak 22 unit rumah melibatkan empat laluan jalan di Taman Bukit Permai, Ampang masih perlu dikosongkan berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku sejak Khamis lalu.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Dr. Ani Ahmad berkata, laporan siasatan awal oleh semua agensi teknikal telah merumuskan berlaku ketidakstabilan cerun pada lokasi kejadian dan mempunyai implikasi kepada keselamatan penduduk.

Tambah beliau, penduduk juga telah diberikan taklimat susulan keadaan semasa di lokasi kejadian serta kediaman sekitarnya melibatkan beberapa kawasan kediaman yang telah dikenal pasti berisiko.

“Satu taklimat kepada penduduk-penduduk yang terkesan telah diadakan pada hari ini tentang status kestabilan cerun dan keselamatan penduduk.

“15 unit rumah penduduk di Jalan Permai 1, Taman Bukit Permai, 1 unit rumah di Jalan Teratai 1/2K dan 4 unit rumah di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai 2 serta 2 unit rumah di Jalan Mega Jaya 15,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, penduduk yang terlibat masih belum dibenarkan pulang ke kediaman sementara menunggu kajian lanjut daripada agensi-agensi teknikal yang akan diselaraskan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melalui Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

“Kajian susulan melibatkan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan serta kerja pengukuhan sementara turut dilaksanakan.

“Ia termasuk kerja-kerja pembaikan cerun dan kesemua kajian itu akan dilaksanakan MPAJ, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta IKRAM,” ujarnya.

Katanya lagi, tempoh sebenar proses penambahbaikan serta kebenaran kepada penduduk untuk pulang ke kediaman semula masih tidak dapat dipastikan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI