fbpx

SOP VTL dengan Singapura, Thailand dan Kemboja diseragamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memutuskan supaya prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara antara Malaysia dengan Singapura, Thailand dan Kemboja akan diseragamkan.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, SOP itu akan dilaksanakan berasaskan kaedah Test and Release di mana pengembara tidak perlu menunggu keputusan ujian Covid-19 semasa ketibaan lapangan terbang.

Menurutnya, pengembara hanya perlu menjalani pengambilan calitan ujian Covid-19 semasa ketibaan dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke tempat penginapan masing-masing.

“Arahan itu sepertimana yang diisytiharkan dalam aplikasi MySejahtera Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan pengembara kemudian akan menaiki kenderaan pengangkutan persendirian, teksi atau kereta sewa persendirian.

“Pengembara juga perlu mengasingkan diri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 yang akan diperolehi dalam tempoh 24 jam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, setelah keputusan negatif diperoleh, pengembara akan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Jelasnya lagi, sekiranya keputusan positif diperolehi, pengembara tersebut akan mengikuti protokol kesihatan sedia ada yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI