fbpx

Rusia, Ukraine yakin selesai konflik secara diplomasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai memegang bendera Ukraine semasa perhimpunan menentang pencerobohan di hadapan White House di Washington kelmarin. - AFP

KIEV – Pegawai-pegawai di Rusia dan Ukraine meluahkan keyakinan bahawa peperangan dapat diselesaikan secara diplomasi ketika tentera Vladimir Putin terus meningkatkan serangan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Penasihat kepada Presiden Volodymyr Zelenskyy, Mykhailo Podoliak menyatakan pendapatnya menerusi klip video yang dimuat naik di Twitter. Menurutnya, Ukraine akan mencapai keputusan konkrit daripada perbincangan dengan Rusia dalam beberapa hari akan datang.

“Dalam rundingan itu, Rusia tidak akan menolak tetapi mendengar dengan teliti cadangan kami. Ukraine tidak akan melepaskan mana-mana kedudukan.

“Tuntutan kami adalah penamatan perang dan pengunduran tentera Rusia. Saya melihat terdapat persefahaman dan dialog,’’ katanya.

Dalam mesej lain pada Sabtu lalu, Podoliak berkata, rundingan dengan Rusia masih diteruskan dalam bentuk video dengan satu pasukan khas yang diwujudkan untuk mencapai penyelesaian diplomatik bagi menamatkan pencerobohan.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Duma Negeri bagi Hal Ehwal Antarabangsa dan ahli delegasi Rusia untuk rundingan damai dengan Ukraine, Leonid Slutsky memberitahu laman berita RT bahawa terdapat kemajuan yang ketara dalam rundingan antara kedua-dua negara.

“Jika kita membandingkan kedudukan kedua-dua delegasi dalam perbincangan pada awal dan hari ini, kita dapat melihat kemajuan yang ketara.

“Menurut jangkaan peribadi saya, kemajuan ini boleh berkembang dalam beberapa hari akan datang dan menyatukan kedua-dua delegasi menerusi dokumen untuk ditandatangani,” jelas Slutsky. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI