fbpx

Runtuhan kuari: Pasukan penyelamat buat penilaian risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan STORM melakukan tinjauan di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat. /FOTO IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Penilaian risiko sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat di kawasan operasi mencari mangsa runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak berkata, tindakan itu agar langkah-langkah keselamatan yang betul diambil bagi memastikan keselamatan anggota.

Menurut jurucakap itu, langkah pemantauan tersebut dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM) bersama pegawai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Operasi pencarian masih diteruskan dengan membuat pemantauan dan keselamatan kerja-kerja pengalihan batu oleh pekerja kuari ke lokasi mangsa tertimbus.

“Pekerja kuari membuat pengalihan batu serta melakukan letupan kecil bagi memudahkan pencarian mangsa dilakukan dengan segera,” ujarnya.

Operasi pencarian yang masuk hari ketujuh ini diketuai Penguasa Bomba Umrani Che Mat.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi Selasa lalu, dua mangsa yang tertimbus dikenal pasti sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI