fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Sarawak pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan berlaku sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

“Antara kawasan yang terjejas ialah di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri),” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI