fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di 10 buah negeri petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Melaka manakala beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Johor, Sarawak serta Sabah sehingga pukul 4 petang ini.

“Di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala bagi negeri Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai serta Johor Bahru.

“Sementara itu di negeri Sarawak di Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis) manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) serta Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, cuaca buruk turut melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Selangor serta Negeri Sembilan sehingga pukul 6 petang ini.

“Di Kedah antara kawasan terjejas di Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri Selangor pula melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat sementara di Negeri Sembilan hanya kawasan Jelebu yang terjejas,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI