fbpx

‘Raja formula’ ingin kembali dalam politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan hasrat untuk kembali aktif dalam arena politik negara dan memutuskan akan merebut jawatan Timbalan Presiden parti tersebut pada pemilihan parti akan datang.

Keputusan tersebut katanya dibuat selepas melihat PKR dan gabungan parti pembangkang utama Pakatan Harapan (PH) kini menjadi parti ketiga dan gagal memikat pengundi atas pagar.

Jelas Rafizi, keputusan itu juga dibuat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menunjukkan PKR dan PH ketinggalan di belakang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), hanya tiga tahun selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Keputusan ini dibuat selepas berfikir panjang susulan mendapat desakan daripada pendukung PKR dan PH dalam kalangan rakyat biasa supaya beliau kembali ke gelanggang politik.

“Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaharu, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada dalam bahaya jika PKR dan PH terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

“Atas kesedaran itu, saya membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Rafizi, beliau tidak bersetuju dengan langkah penggabungan antara parti politik semata-mata untuk mendapatkan kuasa, yang mendorongnya untuk tidak lagi aktif dalam politik sebelum ini.

Dia juga enggan terbabit dengan taktik pimpinan PKR dan PH untuk membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan demi mendapatkan angka sokongan mencukupi untuk mengembalikan pentadbiran PH dan meningkatkan peluang memenangi PRU-15.

“Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaksuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan PKR dan PH daripada rakyat. Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69.

“Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI