fbpx

Pelanggan MAHB menang McLaren 570S Coupe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Goh (kanan) dan Hani bergambar bersama kereta sports McLaren yang dimenangi pada acara final License To Win 2019 anjuran MAHB yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang anak muda berusia 25 tahun, Jason Goh membawa pulang sebuah kereta sports McLaren 570S Coupe berharga sekitar RM1.6 juta selepas memenangi acara final kempen beli-belah anjuran Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Licence To Win (LTW) 2019 hari ini.

Kempen yang berlangsung bermula Ogos 2019 hingga Januari 2020 mendapat sambutan menggalakkan dengan mengumpul 256,000 penyertaan, namun acara final terpaksa ditangguhkan sebanyak empat kali akibat pandemik.

Ia terbuka buat semua pengunjung yang berbelanja minimum RM250 di restoran dan outlet runcit di semua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia sepanjang tempoh kempen.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB, Hani Ezra Hussin berkata, kempen tersebut diadakan bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan, disamping memacu jualan peruncit di lapangan terbang.

“Kami turut memperkenalkan platform baharu untuk peruncit menjangkau pasaran lebih luas seperti platform e-dagang shopMYairports, membolehkan pengguna membeli produk eksklusif dan diserap dutinya untuk dihantar terus ke depan pintu rumah mereka.

“Tidak lama lagi, kami akan memperkenalkan perkhidmatan ‘Click and Collect’ yang membolehkan pengembara membeli-belah dalam talian sebelum mengambil pembelian mereka sewaktu tiba di lapangan terbang masing-masing,” katanya pada acara yang diadakan di sini.

Para pemenang LTW 2019 bergambar bersama kepimpinan MAHB dan penaja pada acara penyampaian hadiah hari ini.

Menurut Hani, berbanding dengan kempen sebelumnya pada 2018, LTW 2019 menyaksikan peningkatan penyertaan sebanyak 27 peratus, yang mana 51 peratus daripadanya adalah dari Malaysia dan baki 49 peratus merupakan pelawat asing.

Jelasnya, resit jualan peraduan LTW 2019 turut menyaksikan pertumbuhan sebanyak 17 peratus kepada lebih RM178 juta, yang mana RM99.7 juta adalah daripada pelawat asing dengan pengunjung dari China merupakan penyumbang terbesar, diikuti Indonesia.

“MAHB kini telah bersedia untuk memulakan kempen seterusnya, bergantung kepada pemulihan trafik penumpang di lapangan terbang, terutamanya penumpang antarabangsa dari negara-negara Asia seperti China, Indonesia dan Thailand yang banyak berbelanja dengan kami.

“Selain itu, strategi ‘commercial reset’ yang bertujuan meningkatkan profil perniagaan peruncit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kini berjalan lancar dan dijangka mampu siap 80 peratus menjelang 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI