fbpx

Lokasi pencarian pendaki warga emas diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa sedang berbincang berkenaan lokasi pencarian Lau Sam yang dilapor hilang.

IPOH – Lokasi pencarian kini diperluaskan kira-kira 2.5 kilometer (km) bagi mengesan pendaki warga emas yang dikhuatiri hilang di Puncak Jelapang di sini.

Kehilangan mangsa, Lau Sam, 84, disedari ahli kumpulannya sekitar pukul 6.30 petang Jumaat setelah didapati tidak tiba di kaki bukit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak berkata, operasi disambung pada pukul 9 pagi tadi melibatkan 28 anggota termasuk Unit K9.

“Operasi diteruskan dengan dua pasukan iaitu bagi sektor A merangkumi jarak pencarian diperluaskan sejauh 2.5km dan kawasan mangsa dipercayai jatuh.

“Sektor B pula meliputi kawasan cerun dan tebing tinggi. Operasi pencarian masih dijalankan,” ujarnya.

Sehingga tengah hari tadi tiada sebarang petunjuk ditemui oleh anggota penyelamat yang turut disertai pasukan Multi Skill Team (MUST) JBPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI