fbpx

Kuala Lumpur rekod penggunaan katil ICU tertinggi 77 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Enam negeri mencatatkan peratusan pengisian katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus dengan yang tertinggi ialah Kuala Lumpur iaitu 77 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima lagi negeri ialah Kelantan (75 peratus), Johor (66 peratus), Selangor (62 peratus), Melaka (59 peratus), dan Pulau Pinang (51 peratus).

Menurutnya, bagi katil bukan ICU, 12 negeri merekodkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus dengan yang tertinggi ialah Putrajaya sebanyak 107 peratus.

“Ia diikuti oleh Selangor (103 peratus), Kuala Lumpur (90 peratus), Perak (86 peratus), Melaka (84 peratus), Sarawak (81 peratus), Perlis (76 peratus), Terengganu (73 peratus), Kelantan (71 peratus), Johor (58 peratus), Pulau Pinang (56 peratus) dan Pahang (55 peratus).

“Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 215 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 25 peratus.

“Sebanyak 1,521 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam terdiri daripada 634 kes (41.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 887 kes (58.3 peratus) adalah kategori satu dan dua,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI