fbpx

Kes sembuh lepasi jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 33,872 kes, sekali gus melepasi jangkitan baharu dengan jumlah keseluruhan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,502,760.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu Covid-19 semalam merekodkan 22,030 kes dengan 226 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Menurutnya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 8,616 kes (39.11 peratus), kategori dua 13,188 kes (59.86 peratus), kategori tiga 71 kes (0.32 peratus), kategori empat 61 kes (0.28 peratus) dan kategori lima 94 kes (0.43 peratus).

“Daripada 226 kes kategori tiga, empat dan lima, 52 kes (23.00 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 111 kes (49.12 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 63 kes (27.88 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 144 kes (63.75 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 64 kes (28.32 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 388 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 215 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI