fbpx

Kertas kerja pemanasan global akan dibentangkan di CF2041

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Sharifah Mazlina (kanan) bersama Muhammad Khairul Akmal menyertai misi pelayaran Antartika Climate Force 2041 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam. /FOTO FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Ikon Ratu Kutub Negara, Dr. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir akan membentangkan kertas kerja berkaitan pemanasan global pada misi Climate Force 2041 (CF2041) dengan matlamat ia dapat dikawal semua pihak dengan lebih baik pada masa akan datang.

Beliau selaku wakil negara CF2041 yang bermula di Ushuaia, Argentina berkata, pelayaran yang memakan masa selama 12 hari bermula esok itu menyaksikan semua peserta dibawa ke kawasan bongkah ais bagi melihat sendiri impak pemanasan global di Antartika.

Katanya, dunia sedia maklum Antartika kini sedang mencair dan jika ia berterusan, maka dunia bakal berdepan bencana alam teruk seperti tsunami, banjir dan banyak tempat rendah ditenggelami air.

“Perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang ini juga berlaku berikutan pemanasan global melampau. Pengalaman saya mengembara di Kutub Utara dan Selatan sebelum ini memberi peluang untuk saya lebih mendalami fenomena alam.

“Kami akan bentangkan cadangan kepada peserta seluruh dunia dan berharap ia dapat mengubah stigma masyarakat dunia mengenai pentingnya mengawal pemanasan global,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan misi itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Dr Sharifah Mazlina yang juga Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment To Accelerate (Aweta) akan menjayakan misi selama 12 hari bersama protegenya, Muhammad Khairul Akmal Adam.

Beliau menerima jemputan dari pengembara Antartika Robert Swan tahun lalu untuk menyertai ekspedisi berkenaan yang turut melibatkan 150 peserta lain dari beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, Kuwait dan Afrika Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI