fbpx

Isteri kedua Nik Muhammad Zawawi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi memuat naik gambar bersama arwah isteri, Wan Sofia Eliana (kanan) di Facebook miliknya hari ini.

PASIR PUTEH – Isteri kedua Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Kosas, Ampang, Selangor kira-kira pukul 1.05 petang tadi.

Allahyarhamah Wan Sofia Eliana Wan Yusof,40, menghidap penyakit kanser sejak tujuh bulan lalu meninggalkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Jurucakap Pejabat Ahli Parlimen Pasir Puteh memaklumkan, jenazah akan dibawa pulang ke rumah ahli keluarga arwah di Pulau Gajah, Pengkalan Chepa petang ini.

Katanya, pengebumian arwah akan dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Melawi, Bachok dijangka pada pukul 10 pagi esok.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, seluruh kepimpinan Pas Pasir Puteh merakamkan ucapan takziah di atas pemergian isteri Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh.

“Takziah diucapkan dan bertabah menghadapi dugaan dan ketentuan-Nya dengan pemergian isteri yang tersayang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI