fbpx

Hasni ucap tahniah, yakin Johor akan lebih sejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad mengucapkan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor baharu, hari ini.

Hasni berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi miliknya, sebentar tadi.

Beliau turut mengulangi kenyataan dibuatnya semalam bahawa tiada mana-mana ideologi atau pemimpin politik yang lebih besar daripada negeri Johor.

“Seperti yang saya telah nyatakan, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.

“Kini masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur. Insya-Allah di bawah kepimpinan baharu, negeri Johor yang kita cintai ini akan menjadi lebih makmur dan sejahtera.

“Tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor Ke-19,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, Onn Hafiz sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19 selepas mengangkat sumpah sebagai di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, petang tadi.

Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Sejak semalam, isu pemilihan Menteri Besar Johor yang baharu menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat dan juga parti politik susulan terdapat tiga nama disebut-sebut bakal memegang jawatan itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI