fbpx

Gajah dijamu bufet buah-buahan sempena Hari Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah-gajah berkenaan dijamu dengan sejumlah dua tan buah-buahan dan sayur-sayuran. - Rappler

BANGKOK – Hampir 60 ekor gajah dihidangkan dengan jamuan bufet buah-buahan secara besar-besaran di sebuah taman botani di Thailand kelmarin, bersempena dengan sambutan Hari Gajah tahunan negara itu, lapor laman berita Wion News.

Gajah merupakan kebanggaan dan identiti budaya masyarakat Thailand. Haiwan itu turut digunakan dalam kerja-kerja buruh, pengangkutan serta menyumbang kepada kejayaan dalam peperangan oleh pahlawan dan raja pada zaman dahulu.

Acara sambutan itu kebiasaannya diadakan di beberapa lokasi di Thailand. Namun, disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi, sambutan di beberapa kawasan dikurangkan pada tahun ini.

Dalam acara tersebut, gajah-gajah berkenaan dijamu dengan sejumlah dua tan buah-buahan dan sayur-sayuran yang diletakkan di atas meja selebar 8 meter di Taman Tropika Nong Nooch, timur wilayah Chonburi.

Disebabkan ketiadaan pelancong asing dalam tempoh yang lama, hidangan yang disediakan dan kehadiran pelawat telah membawa sedikit kegembiraan kepada gajah-gajah berkenaan.

“Sudah tentu gajah-gajah itu berasa bosan kerana sudah terbiasa dengan orang ramai. Sebab itu, anda dapat melihat gajah-gajah kami sangat mesra dengan semua orang.

“Orang ramai seronok melihat gajah-gajah tersebut dan memberi haiwan-haiwan itu makan terutamanya pisang yang menjadi kegemarannya. Ia kelihatan sihat dan gembira,” kata Presiden Taman Tropika Nong Nooch, Kampon Tansacha. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI