fbpx

Elon Musk cabar Putin dalam pertarungan solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Musk (kanan) mencabar Putin yang merupakan seorang ahli judo untuk pertarungan solo. - The Independent

WASHINGTON – Bilionair dan pengasas syarikat Tesla, Elon Musk mencabar Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk pertarungan satu lawan satu, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Cabaran itu dibuat menerusi ciapan Twitter yang turut merangkumi ‘meme’ mengenai pencerobohan dan merujuk kepada pementasan Macbeth.

“Saya dengan ini mencabar Vladimir Putin untuk pertempuran satu lawan satu,” tulis Musk dengan menaip nama Putin dalam bahasa Rusia. 

“Pertaruhannya adalah Ukraine,” tambahnya sambil menulis nama negara itu dalam bahasa Ukraine.

Musk, 50, menunjukkan keseriusannya dengan merujuk cabaran itu secara terus kepada Kremlin.

“Adakah anda bersetuju dengan jemputan pertarungan ini?” katanya sambil memetik akaun Twitter rasmi Kremlin.

Sementara itu, Putin, 69, merupakan seorang ahli judo dan turut mengarang buku mengenai sukan itu, bertajuk ‘Judo: History, Theory, Practice’.

Beliau dilantik sebagai Presiden Kehormat Persekutuan Judo Antarabangsa pada 2008 tetapi telah digantung daripada peranannya berhubung perangnya terhadap Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI