fbpx

22,030 kes Covid-19 direkodkan dengan 92 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 22,030 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 3,845,601 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 394 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (4,388 kes), Johor (2,419 kes), Kedah (2,382 kes), Kuala Lumpur (2,214 kes), Pulau Pinang (2,137 kes), Negeri Sembilan (1,359 kes), Terengganu (1,222 kes), Pahang (1,151 kes) dan Perak (1,122 kes).

“Seterusnya, Kelantan (1,086 kes), Sarawak (965 kes), Sabah (622 kes), Melaka (564 kes), Putrajaya (159 kes) dan Perlis (153 kes), Labuan (87 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 92 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,899 kes serta sebanyak 33 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,076 kes.

Sebanyak 308,942 kes aktif dilaporkan melibatkan 298,123 kes dikuarantin di rumah, 2,031 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,400 kes di hospital, 173 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 215 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI