KOTA KINABALU – Isteri kepada Ketua Menteri Sabah pertama yang juga Yang di-Pertua Negeri Sabah ketiga, Allahyarham Tun Fuad Stephens iaitu Toh Puan Rahimah Stephen meninggal dunia pagi tadi.
Perkara itu disahkan anaknya, Faridah Stephens ketika dihubungi hari ini.
Allahyarhamah yang berusia 92 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggu rawatan di hospital swasta selepas terjatuh hujung minggu lalu.
Toh Puan Rahimah dilahirkan pada 22 Oktober 1930 di Beaufort, Sabah. Allahyarhamah juga pernah menjadi ADUN kawasan Kiulu, Tuaran, Sabah.
Pada 1961, beliau menjadi Ketua Wanita Parti UNKO (kemudian dinamakan UPKO) yang ditubuhkan oleh suaminya.
Rahimah kemudian menjadi Ketua Wanita Parti Berjaya dan wakil rakyat Kiulu setelah menang dalam pilihan raya kecil Sabah. – KOSMO! ONLINE