fbpx

Suami saya memang lembut, budiman – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE tidak melenting apabila suaminya diketawakan netizen kerana menyerlah sisi lembut di atas pentas.

PETALING JAYA – Penyanyi Ernie Zakri mengambil tindakan enggan melenting saat berdepan sindirin netizen yang mendakwa suaminya, Syamel mempunyai ciri-ciri feminin.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, berkata, suaminya sememangnya seorang lelaki lemah lembut.

“Kacak juga laki (suami) saya walaupun ada orang cakap ‘nonok vibes’ (berciri keperempuanan). Tepuk kang.

“Saya tak kisah dengan komen tersebut. Suami saya sememangnya sangat lembut dan dia seorang lelaki budiman. I like him (saya suka dia),” katanya menerusi beberapa ciapan dalam Twitter.

Pelantun lagu Boneka itu juga tidak berkecil hati dengan komen-komen nakal yang dilontarkan segelintir netizen.

“Tapi banyak yang komen begitu, semuanya ada vibes yang sama (ketawa).

“Okeylah, saya tiada marah-marah pun. Seronok sahaja. Kami (dia dan suami) okey sahaja tau dan tak marah pun,” katanya.

Dalam pada itu, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd. Fodzly turut memberi respons sinikal berhubung pandangan melulu netizen dengan ciapan berbunyi: “Kena berdiri tengok gamaknya lepas ini masa menyanyi. Terima kasih kerana menonton.”

Terdahulu, seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan selepas menonton persembahan pembukaan Syamel bersama Tomok dan Ayie Elham mendendangkan untaian lagu popular kumpulan KRU pada konsert suku akhir Big Stage 2022 malam tadi.

“Letup (hebatlah) Syamel walaupun nonok vibes,” ciap individu berkenaan.

Perkataan ‘nonok’ mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud alat kemaluan perempuan. Dalam kalangan sekelintir kelompok masyarakat menggunakan perkataan tersebut merujuk golongan lelaki yang mempunyai ciri-ciri keperempuanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI