fbpx

Conte masih boleh bersabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE terpaksa menerima hakikat Spurs tewas 2-3 kepada United pada aksi EPL di Stadium Old Trafford awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte mene­gaskan yang beliau masih memiliki kesabaran untuk memperbaiki pasukan selepas tunduk 3-2 kepada Manchester United di Old Trafford kelmarin.

Pada perlawanan itu, Cristiano Ronaldo mencipta rekod selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak profesional selepas merakam hatrik untuk mengumpul 807 gol.

Keputusan itu menyaksikan Tottenham Hotspur terus dihimpit aksi kurang konsisten ketika fokus pasukan sekarang le­bih kepada aksi liga selepas sudah tersingkir pada saingan peringat Eropah serta piala domestik lain.

Selepas sering meraih ­kejayaan bersama kelab lain, ­situasi ini memberikan senario berbeza buat Conte, namun pengurus itu menegaskan yang beliau kini sedang menikmati cabaran bagi memperbaiki prestasi pasukan.

“Saya suka ke pusat latihan setiap hari dan bekerja dengan pemain. Saya mengharungi ­pengalaman yang hebat kerana saya sedang menikmati detik di Tottenham.

“Memang benar situasinya berbeza dengan apa yang pernah saya lalui. Sebelum ini saya bersaing merebut trofi tetapi ini adalah cabaran baharu dan pastinya orang sudahpun lihat komitmen saya.

“Saya miliki kesabaran dan saya suka bekerja. Pada masa sama saya tidak gemar jika cita-cita saya lebur dan saya harap kami berada di laluan sama se­perti sebelum ini,” kata Conte. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI