fbpx

Sabah bermandi peluh layan Respect

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZIRUL NAIM (kanan) berjaya menolak masuk bola untuk gol kedua Sabah ketika menewaskan Respect FC pada aksi Piala FA di di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin.

RESPECT FC wajar mendapat pujian apabila berjaya memaksa Sabah FC ‘mandi peluh’ sebelum mengesahkan kemenangan 2-0 pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Di sebalik perubahan yang dilakukan dalam senarai kesebelasan utama, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee nyata lega melihat dua gol yang dihasilkan pada babak kedua menerusi ­Ummareng Bacok dan Nazirul Naim Che Hashim.

“Dari segi keputusan memang bagus untuk kita layak tetapi daripada segi prestasi banyak lagi yang perlu kita perbaiki. Kalau kita lihat kepada pertukaran yang saya lakukan dalam kesebelasan utama, ramai pemain yang diberi peluang beraksi.

“Tetapi nyata kami belum dapat rentak seperti yang saya harapkan. Apapun dua gol itu lebih penting untuk kita pastikan kemenangan,” katanya.

Pastinya, daripada dua aksi Liga Super dan satu Piala FA, Kim Swee akui yang beliau tidak akan mampu tidur lena walaupun saingan Liga Malaysia (Liga M) akan berehat untuk tempoh tiga minggu.

Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu menjelaskan masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan sebelum menyambung semula aksi bertemu Melaka United, bulan depan.

“Saya harap pemain dapat bangkit semula untuk pamer aksi lebih baik. Dalam tempoh tiga minggu ini, mereka perlu perbaiki segala kelemahan sebelum bertemu Melaka United,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI