fbpx

Perlu serius tangani banjir- Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kerajaan negeri memberikan penekanan lebih serius terhadap usaha menangani masalah banjir yang semakin kerap berlaku di Selangor.

Sultan Sharafuddin bertitah ini termasuk menyediakan pelan kerja mendalam dan melebarkan sungai, sistem perparitan dan membina kunci air di lokasi penting dengan mengambil kira kadar taburan hujan serta jadual air pasang laut.

Titah baginda, kaedah terbaik menangani banjir perlu dikenal pasti segera termasuk mendapatkan khidmat kepakaran serta teknologi baharu dari dalam dan luar negara.

“Sejak tragedi banjir besar di Selangor pada 1971, kita sudah belajar untuk menyediakan pelan tindakan sebelum dan selepas banjir apatah lagi dengan jumlah penduduk yang kini mencecah lebih 6.5 juta orang.

“Kerajaan negeri harus mempunyai perancangan masa depan yang lebih efektif supaya rakyat tidak lagi merana dengan masalah banjir,” titah baginda ketika menyempurnakan istiadat pembukaan Persidangan Dewan Negeri Selangor Ke-14, hari ini.

Persidangan penggal kelima selama dua minggu itu dijangka membahaskan isu antaranya bencana banjir, belanjawan negeri dan persediaan menghadapi fasa endemik.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan dukacita apabila kesan-kesan kerosakan selepas banjir yang terpaksa dihadapi oleh rakyat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI