fbpx

Penjual besi buruk didakwa tetak lelaki dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shahzrie Sham (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk menghadapi pertuduhan mencederakan seorang lelaki dengan sebilah parang, minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang penjual besi buruk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki dengan sebilah parang pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Shahzrie Sham Sabudin,25, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Mohd. Faain Adha Azliza, 30, dengan menggunakan sebilah parang.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di Sungai Bechah, Gunong dekat Bachok kira-kira pukul 12.10 tengah malam pada 8 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Sekyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan sebarang jaminan atas kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 13 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI