fbpx

Penduduk terpaksa tadah air hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahbuddin (tiga dari kanan) melihat tong yang digunakan penduduk untuk menadah air hujan di Bandar Utama, Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kira-kira 1,500 penduduk di taman perumahan Bandar Utama di sini berdepan masalah bekalan air bersih terputus sejak setahun lalu.

Lebih mengecewakan, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) tidak dapat menyelesaikan masalah itu sehingga penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri de­ngan menadah air hujan bagi kegunaan harian.

Cadangan penyelesaian sementara dengan menghantar air menggunakan lori ke rumah penduduk yang terjejas ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Anuar Abdul Rahman, 38, berkata, kea­daan itu menyebabkan dia dan penduduk lain terpaksa menadah air hujan menggunakan tong untuk mandi.

Keadaan itu amat menyedihkan kerana pada zaman moden ini mereka perlu bergantung kepada air hujan untuk ke­gunaan seharian.

“Kekerapan bekalan air putus memberi kesan terutamanya pada Ramadan nanti. Kami dimaklumkan masalah berlaku dise­babkan catuan air kepada penduduk di Bandar Utama, Bandar Lama dan Bandar Baru,” katanya.

Mohd. Fadli Hisyam Mohd. Shamsudin, 39, pula berkata, masalah bekalan air kerap terputus menyebabkan penyediaan nasi untuk dijual terganggu sekali gus menjejaskan pendapatannya.

“Kami tertekan untuk melakukan aktiviti harian dan nak mencari rezeki juga sukar,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berharap penyelesaian jangka pendek dapat dilakukan segera.

“Isu ini telah dibawa ke pihak atasan termasuk kerajaan negeri, namun tiada sebarang penyelesaian. AKSB masih gagal menyelesaikan isu ini sehingga pengurus cawangan Gua Musang telah meletak jawatan kerana mendapat tekanan ekoran isu yang berlarutan ini.

“Saya mengharapkan pihak AKSB bertindak segera dengan menggunakan kaedah lain termasuklah mempercepatkan pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Chupak yang sepatutnya dimulakan sejak tahun 2019,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI