fbpx

[VIDEO] Pemandu Myvi maut kereta terbabas rempuh Kelisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, Hulu Selangor hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah kenderaan lain di laluan bertentangan di Kilometer 8, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian berlaku melibatkan dua buah kenderaan antara Perodua Myvi dan Kelisa yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 61 dan 60 tahun.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Myvi seorang diri menghala ke Pekan Bukit Sentosa, dekat sini.

“Secara tiba-tiba kenderaan yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan serta merempuh Perodua Kelisa yang dinaiki pasangan warga emas itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kemalangan terbabit turut menyebabkan seorang lelaki maut.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Manakala pemandu Perodua Kelisa (suami) yang cedera turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI