PONTIAN – Usaha mencari dan menyelamat seorang nelayan yang terjatuh dari sebuah bot pukat jaring di perairan timur Pulau Pisang dekat sini, Sabtu lalu masih diteruskan sehingga kini.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 61 tahun dikatakan keluar menjaring ikan pada sebelah pagi bersama dua lagi rakannya.
Katanya, ketika sampai dilokasi kejadian, bot tersebut telah terlanggar satu objek menyebabkan juragan dan seorang nelayan terjatuh kelaut, juragan naik semula ke atas bot, namun seorang lagi tidak dapat dikesan.
“Ekoran kejadian tersebut pengusaha atau pemilik bot telah membuat laporan di Balai Polis Pontian dan pihak kami telah meminta bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) di Kukup bagi usaha mencari dan menyelamat.
“Gerakan mencari turut dibantu oleh beberapa aset yang berada di lapangan namun masih gagal menemui lelaki tersebut dilokasi dimana dia telah terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.