fbpx

Najib setuju isu caruman KWSP terus digesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan tindakan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang menggesa Putrajaya agar membenarkan rakyat mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkongsi kata-kata daripada Presiden FOMCA, Marimuthu Nadason yang memperjuangkan isu tersebut demi kesejahteraan rakyat.

“Presiden Fomca, Marimuthu Nadason berkata, daripada membiarkan rakyat memilih ah long dan pemberi pinjam wang tidak berlesen yang akan memburukkan lagi situasi, lebih baik mereka dibenarkan mengeluarkan KWSP.

“Kerajaan perlu faham mereka perlukan sekarang kerana ini adalah masa yang kritikal,” kongsi bekas Perdana Menteri itu hari ini.

Hantaran Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, perkongsian beliau telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya turut bersetuju agar pencarum dibenarkan mengeluarkan wang mereka kerana ramai terjejas dan mengalami kesempitan hidup ketika ini.

“Betul sangat, kami rakyat yang miskin dan sederhana ini tengah susah sekarang dan ramai di antara kami sedang sakit, hilang upaya untuk bekerja kerana jangkitan Covid-19, diberhentikan kerja, tak ada pendapatan dan ada yang telah meninggal dunia.

“Mereka tak sempat merasa duit KWSP sendiri, bagilah kami peluang merasai duit titik peluh sendiri,” kata Hasiah Mahamad.

“Mudah-mudahan dapat dan kami terkesan dengan masalah ekonomi sekarang. Dengan adanya kelulusan dapat membantu untuk kegunaan musim persekolahan yang datang, harap-harap kerajaan keluarga Malaysia prihatin dengan permintaan rakyat,” luah Shahrul Razali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI