fbpx

Nagelsmann terkilan Bayern berkongsi mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI menyelamatkan maruah Bayern apabila menjaringkan gol penyamaan ketika seri 1-1 dengan Hoffenheim di Stadium Rhein-Neckar awal pagi semalam. – AFP

HOFFENHEIM – Bayern Munich menampilkan aksi bawah paras sebenar apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 menentang Hoffenheim dalam saingan Bundesliga di Stadium Rhein-Neckar awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi Christoph Baumgartner pada minit ke-32 sebelum Ro­bert Lewandowski menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa pertama.

Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann menyatakan tuah tidak menyebelahi pasukannya pada perlawanan itu walaupun mengakui Bayern sepatutnya membawa pulang tiga mata ke Munich.

“Tuah tidak menyebelahi kami pada perlawanan ini, sebab itulah ia berakhir dengan keputusan 1-1. Saya fikir kami lebih layak untuk dapatkan tiga mata berbanding pasukan lawan tetapi ia tidak terjadi.

“Satu perlawanan menarik ditampilkan oleh kedua-dua pasukan. Mungkin kami akan cuba tampilkan aksi tiga kali ganda lebih baik berbanding hari ini (semalam) untuk kembali dapatkan kemenangan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Nagelsmann juga menegaskan, beliau langsung tidak bimbang dengan aksi hambar ditampilkan barisan pemainnya meskipun sebelum ini membelasah RB Salzburg 7-1 dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan keputusan ini kerana ia perkara biasa. Saya fikir keadaan padang tidak cukup memuaskan kerana ia terlalu kering sehingga menjejaskan kualiti permainan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI