fbpx

Luahan Pembaca: Perokok bakal kuasai meja makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

MENJELANG 1 April ini, rakyat Malaysia bakal melalui suasana yang kembali terbuka berbanding dua tahun lalu apabila kerajaan mengumumkan untuk membuka sempadan negara.

Proses peralihan kepada fasa endemik itu bukan hanya melibatkan pembukaan sempadan, malah pelbagai lagi kelonggaran diumumkan termasuk pemansuhan penjarakan fizikal di surau dan masjid serta pengoperasian premis perniagaan terutama restoran kepada 24 jam.

Berita gembira ini pastinya dinantikan oleh tauke-teuke restoran dan juga kumpulan individu yang gemar melepak sambil bersembang di meja makan pada larut malam.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, banyak rungutan didengari mengenai tabiat buruk pelanggan yang kembali merokok di kawasan awam terutama di meja-meja makan.

Budaya ini sebenarnya telah berlarutan sejak berpuluh tahun lamanya sehingga memaksa Kementerian Kesihatan (KKM) menguatkuasakan peraturan larangan merokok di dalam premis dan kedai makan.

Bagaimanapun, keterujaan orang ramai berkumpul dan berjumpa kawan di kedai makan menyebabkan mereka terlupa mengenai penguatkuasaan yang ditetapkan pihak berwajib.

Sebagai penyelesaian, rasanya pihak berkuasa terutama KKM perlu kembali bertegas dan turun padang bukan hanya untuk ‘memburu’ mereka yang ingkar SOP Covid-19, tetapi juga individu yang merokok di tempat awam.

WARDINA
Kuantan, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI