PETALING JAYA – Perkongsian seorang lelaki ketika berada di salah sebuah restoran mamak memesan roti tisu sehingga tergamam melihat ketinggiannya menarik perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian video pengguna media sosial @intan_noi, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi semasa dia sedang berada di salah sebuah restoran mamak bersama dengan seorang rakan atau ahli keluarganya lain sebaik sahaja roti tisu itu sampai.
Reaksi lelaki tersebut terpaksa menahan malu kerana ada beberapa orang di meja sebelah memandang roti tisunya itu mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.
“Masa order (pesanan) tidak terfikir pula roti setinggi ini,” kongsi @intan_noi.
Rata-rata orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi dan pengalaman sama mereka mengalami situasi yang sama.
“Semua orang tengok, macam mana nak makan itu,” kata Hey_Ahjumaa.
“Lapar satu peratus, malu 99 peratus,” jelas @Ekalszz.
“Hari itu pesan roti tisu tinggi macam KLCC, sebiji macam ini, terpaksa minta suami tolong makan dan habiskan,” tulis @syuhada. – KOSMO!ONLINE