fbpx

Laung ‘Bubar Parlimen’ depan PM tindakan biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrul Fadhel.

KOTA BHARU – Laungan ‘Bubar Parlimen’ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Barisan Nasional (BN) menang 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelmarin boleh disifatkan sebagai biadab dan kurang ajar.

Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Kubang Kerian, Shahrul Fadhel Mohd. Aziz berkata, pembubaran Parlimen bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah dan dilakukan dengan emosi kerana banyak aspek perlu diambil kira.

Menurutnya, sikap terburu-buru dan berasa terlalu yakin membuatkan rakyat menjadi meluat dan ‘mood’ rakyat akan beralih kepada pihak lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Dalam kegembiraan meraikan kemenangan BN, saya secara peribadi merasa sedikit ralat dan terkilan apabila terlihat di khalayak, segelintir pihak yang melaungkan frasa ‘Bubar Parlimen’ terhadap Perdana Menteri yang boleh dikatakan amat biadab dan kurang ajar.

“Justeru, amat tidak wajar jika segelintir pihak ini bersikap kurang ajar kepada Perdana Menteri seolah-olah beliau datang daripada pihak lawan.

“Kemenangan ini hadir bersama besarnya tanggungjawab untuk membawa aspirasi rakyat. ‘Mood’ rakyat yang menyebelahi BN ini dicapai daripada rasa yakin rakyat di bawah kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang sedang memacu kerajaan ke arah pemulihan berikutan pelbagai musibah yang melanda negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI