fbpx

Kurangkan kebergantungan kepada ujian PCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kebergantungan kepada ujian RT-PCR (PCR) perlu dikurangkan dengan melebihkan kepada ujian RTK-Ag (RTK) sewaktu fasa peralihan endemik di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia memandangkan ujian PCR lebih mahal manakala, ujian RTK pula lebih murah serta mudah didapati di pasaran.

“Lagipun mengikut pakar, RTK memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan tinggi berbanding PCR sangat-sangat sensitif. Sampai orang yang sudah sembuh pun, masih lagi positif apabila mengambil ujian PCR.

“Keduanya, ujian PCR tak pantas, tak cepat macam ujian RTK. Kita tunggu 15 minit sahaja dan kita tahu sama ada positif dengan kebolehjangkitan atau tidak,” katanya dalam rakaman video dimuat naik pada Facebook Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam situasi ketika ini iaitu varian Omicron yang lebih pantas dan lebih cepat merebak, penggunaan ujian RTK adalah lebih berkesan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI