fbpx

Kanggaru jantan tayang tubuh sasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANGGARU merah jantan tersebut dirakam sedang bersandar sambil memperlihatkan otot dan bisepnya yang mengagumkan. - Deborah Schutz

ADELAIDE, Australia – Seekor kanggaru merah jantan dari Australia menjadi tular di media sosial selepas fotonya yang menayang otot badan dan biseps dimuat naik oleh seorang jurugambar, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Jurugambar, Deborah Schutz, merakam momen luar biasa itu ketika membuat kerja sukarela di Cleland Wildlife Park, baru-baru ini.

Menerusi rakaman itu, kanggaru setinggi 198 sentimeter itu sedang berehat di bawah sebatang pokok sambil memperlihatkan bisep dan dada six-pack miliknya.

“Kanggaru itu kelihatan sangat sasa. namun ia sebenarnya seekor haiwan yang lembut dan manja.

“Bentuk fizikalnya mungkin kelihatan membahayakan namun anda tidak perlu takut dengan binatang jika ia bukan pemangsa,” kata Schutz.

Kanggaru merah sememangnya bertubuh sasa dan merupakan marsupial terbesar di dunia, dengan kanggaru jantan sering mempunyai berat sehingga 90 kilogram. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI