fbpx

Jururawat dipecat sebar maklumat memalukan mengenai pesakit mati pucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURURAWAT Liverpool, Salihu Samas menjual maklumat pesakit yang mengalami mati pucuk untuk mendapatkan baucar hadiah Amazon. - Liverpool ECHO

LONDON – Seorang jururawat di Liverpool dipecat kerana menjual maklumat peribadi mengenai pesakit yang mengalami masalah mati pucuk dan keadaan-keadaan lain kepada sebuah syarikat swasta demi mendapatkan wang dan baucar hadiah daripada Amazon, lapor akhbar Daily Star semalam.

Salihu Samas, yang bekerja di Hospital Broadgreen telah dibayar oleh firma farmaseutikal Cam Market Research untuk maklumat yang diberikan.

Dia yang merupakan seorang jururawat urologi telah bekerja di hospital itu sejak 1999 sebelum dipecat pada 2018 kerana aktiviti salah lakunya terbongkar, lapor akhbar Liverpool Echo.

Kini, dia digantung daripada bertugas sebagai jururawat di mana-mana tempat di Britain selama enam bulan selepas disiasat oleh pengawal selia Majlis Kejururawatan dan Perbidanan (NMC).

NMC meminta Samas diberhentikan secara kekal namun panel disiplin bebas memutuskan untuk memberinya peluang sekali lagi.

Ia diputuskan setelah rujukan watak menggambarkan bahawa Samas adalah seorang ‘jururawat cemerlang’ dan hakikat bahawa tiada pesakit yang dicederakan.

Dalam keterangannya, Samas berkata telah meminta kebenaran pesakit secara lisan untuk berkongsi maklumat mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI